Dalam terik sinar mentari, ku pandang susuk tubuh insan yang amat dirindu...duduk termenung setia menantiku...saat dia berpaling dan terlihat lambaian ku, bingkas dia melangkah dan seperti selalu dada ku berdebar menanti pemilik tubuh itu datang kepada ku...
Senyum itu ibarat lukisan indah untuk ku tatap....tawa itu ibarat melodi syair yang asyik dilagu...kata2 itu ibarat dodoian merdu iringan lena ku...terima kasih kerana sentiasa menghilang rindu..terima kasih kerana sentiasa menyayangi ku...terima kasih kerana sentiasa menerima kekurangan ku...kelebihan dan kekurangan kita berdua sentiasa saling melengkapi...moga akan ada nanti sinar untuk kita..semoga jumpa lagi andai diberi izin Ilahi...